Air mazi mudah keluar

Posted by Admin | 2:35 PM | 1 comments »

Soalan:
SAYA menghadapi masalah membabitkan rasa tidak puas atau kelawasan membuang air kecil. Keadaan ini mula dihadapi sejak lima tahun lalu. Namun, sejak akhir-akhir ini lain pula keadaan yang dialami. Saya dapati air mazi mudah keluar walaupun sedikit terangsang. Bagaimanakah caranya mengatasi masalah ini?

A Z,
Selangor.


Jawapan:
Untuk makluman saudara, air mazi adalah sejenis cecair yang dikeluarkan kelenjar cowper atau cowper’s gland yang terletak di pangkal zakar.

Fungsi utama kelenjar ini adalah untuk mengeluarkan cecair jernih iaitu air mazi yang akan menjadi cecair pelincir ketika melakukan hubungan jenis. Oleh sebab itu, air mazi akan keluar ketika seseorang terangsang secara seksual.

Saudara tidak perlu gusar dengan situasi yang dialami. Ini kerana jumlah air mazi yang dikeluarkan berbeza mengikut individu. Tidak ada rawatan yang diperlukan jika seseorang cepat mengeluarkan air mazi atau air mazi yang dikeluarkan dalam kuantiti banyak.

Bagaimanapun, saudara perlu berjumpa doktor mengenai masalah ketidakpuasan atau kelawasan membuang air kecil.

1 comments

  1. Unknown // June 8, 2014 at 11:29 PM  

    Assalammualaikum
    Tuan saya berumur 35 tahun masih belum berkahwib.Cepat terangsang melihat wanita ketika bersembang dan mudah keluar air mazi.
    Masalah setelah keluar air mazi zakar saya layu.Saya risau ketika waktu hubungan kelamin tesukan akan layu..boleh tuan jelaskan dan bagaimana untuk padatkan zakar saya..