TV jejaskan hubungan kelamin

Posted by Admin | 11:53 AM | | 0 comments »


APA? Anda meletakkan set televisyen di dalam bilik anda? Cepat-cepat alihkannya kerana ia boleh menjejaskan hubungan intim anda suami isteri.

Kaji selidik oleh sekumpulan pakar seksologi Itali mendapati, pasangan yang mempunyai televisyen di dalam bilik mereka kurang melakukan hubungan seks berbanding pasangan yang tiada kotak tersebut.

``Kalau tiada televisyen, kekerapannya boleh meningkat sekali ganda,'' kata ketua penyelidik, Serenella Salomoni.

Secara purata, rakyat Itali yang hidup tanpa televisyen di dalam bilik mereka melakukan hubungan jenis dua kali seminggu atau lapan kali sebulan berbanding purata empat kali sebulan bagi pasangan yang satu lagi.

Pil padamkan memori trauma

Katakanlah anda mempunyai peristiwa hitam sehingga meninggalkan trauma di dalam hidup anda seperti ditinggalkan oleh kekasih hati.

Sebelum ini, anda telah puas mencuba dan habis daya untuk melupakan si dia. ``Telah pelbagai cara saya lakukan tetapi masih tidak dapat untuk melupakannya,'' mungkin begitu kata anda.

Memadamkan pemikiran-pemikiran traumatik dan menyedihkan yang sebelum ini hanya dapat disaksikan di dalam filem-filem fiksyen sains mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi dengan bantuan sebutir pil trauma.

Walaupun masih di peringkat awal, pil yang sedang diuji oleh sekumpulan saintis di New York diharap dapat mengurangkan tekanan dan gejala fizikal kesakitan yang berpunca daripada kejadian trauma seperti rogol dan penderaan.

Bos tak adil pendekkan nyawa

``Mereka `membunuh' anda sedikit demi sedikit'' demikian penemuan oleh para penyelidik Finland hasil kajian mereka ke atas kakitangan.

Kakitangan yang merasakan mereka diberikan layanan adil oleh bos masing-masing menghadapi insiden penyakit jantung koronari yang jauh lebih rendah berbanding rakan-rakan yang kurang bernasib baik.


Kajian itu dibuat berdasarkan rekod 10 tahun seramai 6,400 kakitangan lelaki yang pernah mengalami insiden penyakit pembunuh utama di negara-negara Barat itu.

``Para pekerja terbabit merasakan mereka tidak diberikan layanan yang adil di tempat kerja apabila mereka mempercayai penyelia tidak menimbang pandangan, tidak berkongsi maklumat tentang sesuatu keputusan, memilih bulu dan tidak telus.

``Ia menjadi punca tekanan,'' kata pengarang kajian, Mika Kivimaki dari Institut Pekerjaan Kesihatan Finnish.

Teruskan bacaan......

Seks semasa hamil

Posted by Admin | 11:27 AM | , | 0 comments »

ADALAH sesuatu yang normal bagi suami isteri memikirkan kesan hubungan kelamin ke atas janin mereka apabila seseorang wanita disahkan hamil dan bakal bergelar ibu buat kali pertama.

Dalam pada kehamilan memberikan satu dimensi baru kepada kehidupan seksual pasangan, namun bagi sesetengah yang lainnya pula, ia menimbulkan beberapa masalah dan memerlukan perhatian.

“Adakah selamat untuk melakukan hubungan seks semasa hamil?”. “Tidakkah nanti suami akan memberikan tekanan berlebihan ke atas perut isteri?” “Isteri mungkin kurang selesa malah berasa sakit,” “Bolehkah tusukan zakar membahayakan janin?”

“Bagaimana pula dengan orgasma? Adakah ia boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang?”, “Sebarang jangkitan kepada bayi?” merupakan antara soalan lazim yang sering berlegar-legar di fikiran.

Tidak kurang juga yang berasa pelik dan segan untuk meneruskan hubungan intim kerana merasakan seolah-olah bayi dalam kandungan tahu aktiviti apa yang sedang mereka lakukan.

“Malulah, nanti baby nampak abah punya,” ujar seorang ibu yang naif sambil tersenyum simpul menceritakan kembali pengalamannya mengandung anak sulung.

Keinginan terhadap seks juga boleh jadi turun naik dari bulan ke bulan atau trimester ke trimester.

Selain nafsu si isteri yang berubah-ubah mengikut hormonnya terutama ketika mengalami alahan mengandung, dorongan seks sang suami pula ada yang semakin bertambah selari dengan perubahan fizikal pasangannya.

Ada sesetengah lelaki yang merasakan perut isteri yang memboyot tampak seksi dan erotik. Mereka juga lebih terangsang apabila mencuba teknik-teknik hubungan kelamin yang berbeza.


Kecualilah doktor menasihatkan anda sebaliknya disebabkan oleh kehamilan yang berisiko tinggi, seks semasa hamil adalah selamat sehinggalah air tetuban pecah saat mahu bersalin.

Dan seperti suami isteri lain yang bakal menjadi ibu bapa, anda mungkin mempunyai beberapa pertanyaan berkaitan tahap keselamatan melakukan seks dan apakah yang normal dan tidak normal bagi kebanyakan pasangan.

Kemusykilan anda dijawab oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam Selangor, Dr. Norleen Mohd. Salleh.

“Seks semasa hamil selamat dilakukan sekiranya tiada kontraindikasi dari aspek perubatan seperti pendarahan awal semasa hamil yang disebabkan oleh sematan uri pada bahagian bawah rahim (plasenta previa).

“Masalah perubatan lain termasuklah asma atau lelah yang tidak terkawal atau masalah jantung yang tidak menggalakkan ibu melalui aktiviti fizikal yang berat termasuk hubungan kelamin.

“Selalunya doktor yang merawat akan memberi nasihat yang sewajarnya,” ujar beliau.

Menurutnya, jika kehamilan mengalami pendarahan dan doktor bimbang tentang kesihatan janin, hubungan kelamin tidak digalakkan kerana faktor fizikal dari tusukan semasa hubungan kelamin boleh membawa kepada keguguran.

“Kepercayaan turun-temurun mengatakan hubungan kelamin boleh mencederakan bayi dan air mani menyebabkan kecacatan adalah tidak benar.

“Ini kerana, bayi terasing dan selamat di dalam selaput karung tetuban yang terletak di dalam rahim, sedangkan tusukan organ lelaki semasa hubungan kelamin hanya sampai paras liang vagina dan pangkal rahim belum terbuka sebelum waktu kelahiran.”

Namun, ujar Dr. Norleen, air mani lelaki ada mengandungi bahan prostaglandin yang mempunyai ciri-ciri merangsang kontraksi atau pengecutan berlaku.

Bahan ini merupakan bahan yang sama terkandung di dalam pengubatan pil yang digunakan untuk tujuan cetusan sakit bersalin (induction of labour) oleh kebanyakan doktor.

Jadi, kemungkinan berlaku kontraksi pramatang atau kontraksi palsu jika hubungan kelamin dilakukan sebelum bayi matang.

“Perlu juga dimaklumkan bahawa tahap prostaglandin di dalam air mani tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah boleh menyebabkan kontraksi setiap kali bersama suami.

“Jangan hairan, tetapi kaedah tradisional ini juga yang masih diamalkan untuk ibu hamil yang lebih hari untuk merangsang pembukaan pangkal rahim sebelum doktor menjalankan prosedur cetusan,” jelas beliau.

Selain faktor-faktor yang disebut di atas, keadaan lain di mana doktor melarang hubungan kelamin adalah jika ibu senang mengalami kontraksi pramatang dan kelahiran pramatang.

Lain-lain situasi termasuklah ibu mengandung kembar dan ibu yang hamil dan mengalami servikal yang tidak kompeten dan memerlukan pangkal rahim diikat seperti prosedur MacDonald’s stitch dan pemecahan air tetuban sebelum waktunya.

Larangan ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kelahiran pramatang dan jangkitan selepas selaput tetuban pecah.

Akibat perubahan hormon, jelas Dr. Norleen, ibu-ibu turut mengalami kesan psikologikal dan mental yang agak ketara pada sesetengah kes.

“Umpamanya, awal mengandung bila si ibu mengalami mual dan muntah yang teruk. Apabila ini berlaku, mereka cenderung menyalahkan suami kerana menyebabkannya mengandung.

“Mood swing atau perubahan angin semasa hamil juga agak kerap terjadi. Kemudian, apabila bakal ibu tadi melihat perubahan bentuk badan, payu dara dan peningkatan berat badan, rasa rendah diri mereka terus menular,” katanya.

Keinginan seks juga, terang Dr. Norleen, boleh jadi berubah-ubah atas sebab perubahan hormon yang sama iaitu mungkin meningkat atau menurun.

Justeru, peranan suami untuk memberi perhatian yang lebih dan sokongan moral amat penting pada masa-masa ini.

Tambahnya: “Kejang anggota badan adalah salah satu gejala yang amat kerap menjadi aduan. Ini dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen kalsium.

“Gejala simpul biawak/mengkarung/ular adalah gejala kejang yang paling menyakitkan di mana masalah ini memang boleh berlaku semasa atau selepas hubungan kelamin atau semasa meneran di saat kelahiran bayi.”


Ditanya sama ada perlu dilakukan pengubahsuaian posisi, Dr. Norleen mengulas, di saat akhir kehamilan, dengan keadaan ibu yang tentunya sarat, posisi ibu di bawah masih merupakan yang paling selesa.

Walau bagaimanapun, posisi reverse missionary atau lateral (sisi) masih popular bagi mereka yang belum begitu sarat keadaannya.

“Jika tiada halangan dari aspek perubatan, tidak ada sebab kenapa hubungan kelamin tidak diteruskan kerana ikatan suami isteri akan lebih akrab sementara menunggu cahaya mata yang bakal lahir.

“Perasaan negatif di mana ibu sering berasa dirinya sudah tidak cantik akan secara semula jadi ditepis dan saat ini perlu digunakan sepenuhnya oleh si suami untuk membelai dan memanjakan isteri,” katanya.

Namun, kekerapan menjalin hubungan kelamin semasa hamil tidak berkaitan secara langsung dengan susah atau senangnya proses kelahiran ibu kerana banyak faktor lain yang akan menyumbangkan seperti saiz pelvis ibu, berat anak dan kedudukan kepala anak.

Selepas kelahiran, dari aspek perubatan juga keperluan agama, tempoh pantang adalah selama lebih kurang 40 hingga 44 hari.

Amal ibadat serta hubungan kelamin boleh diteruskan selepas waktu ini melainkan jika darah nifas masih belum kering. Doktor akan pastikan ibu membuat rawatan susulan selepas sebulan dan kesihatan fizikal ibu akan dinilaikan masa ini.

Dr. Norleen membuat saranan berikut: “Pasangan suami isteri perlu berbincang sepanjang waktu hamil terutama mereka yang hamil buat pertama kali untuk mengenali perubahan pada ibu juga keperluan hubungan kelamin dan kekerapan.

“Semua ini patut diajukan kepada doktor berserta lain-lain kemusykilan sebagai persiapan tanpa rasa segan silu.”

Segala masalah peringkat awal kehamilan, boleh dikesan seawal enam minggu kehamilan. Jadi sejurus selepas kehamilan disahkan, buatlah temu janji dengan doktor agar masalah boleh dikesan dan ditangani dari awal kehamilan.

Teruskan bacaan......

Hangatkan semula kehidupan seks anda

Posted by Admin | 11:18 AM | | 0 comments »

RAMAI yang merungut kehangatan hubungan intim semakin lesu apabila usia meningkat. Adakah anda turut mengalami masalah yang sama?

Sekiranya keadaan ini menjadi masalah yang boleh merenggangkan hubungan mesra suami isteri, adakah anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaikinya sebelum terlambat?

Berjalan sambil berpegang tangan, menonton wayang, makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin bukan terhad kepada pasangan muda-mudi.

Tetapi, ia juga patut diamalkan oleh pasangan yang telah lama menjalani kehidupan berumah tangga kerana ia boleh merapatkan kemesraan di antara pasangan.

Isyarat dan bahasa tubuh juga boleh digunakan untuk menyampaikan rahsia tersirat kepada pasangan. Cara sentuhan, ciuman, senyuman boleh menyampaikan maksud yang mendalam untuk meluah dan menambat hati pasangan.

Tip-tip berikut boleh diamalkan untuk membantu anda dalam usaha menyuburkan kemesraan anda dengan pasangan.

1. Pasangan anda tentunya memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang menyenangkan anda. Hargai kelebihan tersebut dengan puji-pujian ikhlas sama ada semasa anda berdua-duaan atau semasa di hadapan rakan-rakan, keluarga atau anak-anak. Elakkan daripada merendah-rendahkan pasangan anda.

2. Sekali sekala pergilah bercuti berdua- duaan ke tempat-tempat menarik dan romantik. Nikmatilah cuti anda seperti semasa anda berbulan madu. Sekiranya anda menggunakan sepenuhnya saat begini tentunya ia akan mengimbau kenangan lalu yang boleh membangkitkan kemesraan. Ambil kesempatan ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasangan anda.

3. Tampil cergas dan bertenaga apabila berhadapan dengan pasangan. Mandi dengan air suam ditambah dengan beberapa titisan minyak aroma terapi ke dalam tab mandi anda untuk merangsang dan merehatkan minda. Untuk melegakan otot-otot yang kepenatan, anda boleh memasukkan setengah cawan epsom salt (boleh diperoleh di farmasi) ke dalam air mandian.

4. Buatlah urutan untuk pasangan anda dengan terapi aroma dalam suasana yang romantik. Segarkan bilik tidur anda dengan bauan yang bersifat afrodisiak (untuk merangsang keingingan seksual) bagi merangsang emosi seperti vanila, sandalwood, ros dan sebagainya.



5. Jangan malu untuk memberi ciuman dan pelukan mesra yang disertai rasa kasih sayang dan penghargaan walaupun sudah berusia. Ia seharusnya menjadi amalan setiap pasangan suami isteri.

6. Sekali sekala tinggalkan nota ringkas di rumah atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pasangan. Luahan ungkapan bermakna yang ikhlas pasti dapat menyentuh hatinya.

7. Hadiahkan sesuatu yang istimewa, terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan. Ia tentunya menjadi saat manis yang boleh dikenang.

8. Perbaiki kualiti komunikasi anda. Sekiranya sebelum ini anda kerap bertengkar akibat perkara yang remeh-temeh, ubahlah kepada perbualan yang bermakna, seperti kata-kata perangsang dan tunjukkan yang anda mengambil berat dan menghargainya sebagai pasangan hidup anda.

9. Sediakan ruang untuk berbincang tentang sebarang masalah yang dihadapi. Jangan mementingkan ego masing-masing. Lafaz maaf tentunya membantu meredakan ketegangan. Amalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.

10. Ubahlah penampilan sekiranya perlu. Sekiranya berat badan anda berlebihan, cuba usahakan untuk mendapatkan berat badan yang sepatutnya. Pakailah baju yang disenangi pasangan dan ceriakan penampilan anda supaya tidak bosan dipandang mata.

11. Mengurangkan pengambilan daging membantu mengekalkan kebolehan seksual. Kajian mendapati punca utama bagi lelaki golongan muda yang mengalami masalah gangguan pengaliran darah di arteri adalah pengambilan daging lembu yang berlebihan terutamanya jenis berpanggang dan daging pada bahagian tulang rusuk yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Di samping itu, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

12. Jika anda atau pasangan mempunyai masalah kesihatan seksual, jangan cuba berselindung tetapi berbincanglah secara jujur. Masalah-masalah ini boleh diperbaiki dengan pengetahuan yang mencukupi, nasihat dan sokongan daripada pasangan dan juga bantuan diet dan pemakanan tertentu.

Herba-herba seperti Horny goat weed, Ginkgo, Puncture vine, Ginseng, Muira puama, Withania dan Damania mungkin dapat meringankan masalah yang dihadapi.

Horny goat weed telah dibuktikan mempunyai kesan seperti testosteron yang dapat merangsangkan saraf deria dan menggalakkan penghasilan sperma.

Sementara itu, bagi kaum wanita, Horny goat weed membantu mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan seks, terutamanya bagi mereka yang sudah menjangkau usia menopaus.

Ginkgo menggalakkan kesan oksida nitrik bagi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan. Dengan itu, Ginkgo meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi apabila menerima rangsangan seksual.

Ginseng menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina. Pengikatannya pada sel penerima hormon dapat meningkatkan tenaga batin.

Puncture vine memperbaiki masalah disfungsi erektil dengan meningkatkan tenaga batin dan menyeimbangkan hormon untuk kitaran haid yang tetap dan seterusnya meningkatkan kesuburan wanita.

Muira puama pula membantu mengekalkan ketegangan zakar sewaktu aktiviti seks manakala Withania merangsangkan saraf untuk mengatasi masalah disfungsi erektil akibat daripada kelesuan.

Ia turut meningkatkan tenaga dan berfungsi sebagai tonik untuk melawan stres. Damania turut dikenali sebagai tonik perangsang seks dengan meningkatkan kepekaan saraf dan merangsang keinginan seks.

Teruskan bacaan......

Mati pucuk dan faktor usia

Posted by Admin | 11:13 AM | | 0 comments »

SOALAN: Adakah masalah mati pucuk disebabkan oleh faktor penuaan kerana saya dapati kemerosotan fungsi alat kelamin saya hanya boleh dirasai sejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya tidak mengalami masalah kesihatan kronik seperti kencing manis atau jantung. Bagaimana pula dengan masalah kedinginan seks kalangan wanita?

Jawapan: Kemerosotan dalam keinginan seks boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia, namun ia bukanlah alasan kepada kita untuk membiarkan masalah ini terus membelenggu diri. Kesan penuaan masih boleh diminimumkan dengan pemahaman dan amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Kemerosotan hormon testosteron apabila usia semakin meningkat boleh menyumbang kepada masalah ini.

Namun dari aspek penjagaan kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kegemukan, diabetes dan pelbagai lagi seharusnya dicegah kerana ia turut menyumbang kepada mati pucuk.

Dalam masa yang sama, jagalah kesihatan emosi anda seperti cuba menangani tekanan dengan cara yang berkesan. Konflik rumah tangga, tekanan di tempat kerja dan keletihan turut menjejaskan keinginan seks serta kualiti hubungan intim.

Pendekatan yang lebih menyeluruh tentunya merupakan langkah terbaik. Ini termasuklah amalan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi mengelakkan masalah kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan.

Sentiasalah berfikiran positif dan berkeyakinan dalam menghadapi apa jua masalah serta mempunyai rakan sosial yang berkualiti.

Bagi wanita yang berusia terutamanya selepas menopaus, kedinginan seks boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah masalah urogenital seperti jangkitan pada saluran kencing, jangkitan yis dan juga jangkitan bakteria serta kekeringan vagina yang menjadikan hubungan seks sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan. Keletihan yang kerap dialami wanita juga turut berperanan.

Pengambilan gingko boleh membantu meningkatkan peredaran darah, bukan sahaja penting untuk membantu daya ingatan, tetapi juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan seksual termasuk keupayaan ereksi.


Manakala bagi wanita, pengambilan herba seperti Damiana yang juga dikenali sebagai tonik perangsang seks boleh membantu meningkatkan keinginan serta menambah kepekaan saraf apabila mendapat rangsangan seks.

Manakala Withania membantu kesihatan saraf dan telah digunakan untuk melawan tekanan emosi dan kelesuan.

Teruskan bacaan......

Bolehkah urut atasi masalah seks?

Posted by Admin | 11:11 AM | | 0 comments »

SOALAN: Saya berusia lewat 30-an dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun saya masih muda saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai kesihatan seksual. Semasa melakukan hubungan seks ia tidak dapat bertahan lama dan kerap mendapat rungutan daripada isteri. Adakah amalan urutan tradisional boleh mengatasi masalah ini?

Jawapan: Ada dalam kalangan masyarakat kita memilih rawatan tradisional untuk memulih atau mengekalkan kesihatan alat kelamin seperti amalan mengurut dan menggunakan pelbagai jenis minyak yang dikatakan dapat meringankan masalah kelemahan tenaga syahwat. Namun begitu, haruslah diingat bahawa urutan bukanlah cara penyelesaian yang terbaik, malah boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dilakukan dengan baik.

Urutan yang dilakukan oleh pengamal yang tidak berkemahiran dengan tekanan yang kuat akan memberi tekanan berlebihan ke atas saraf. Akibatnya, ada kalangan mereka yang mengalami pembengkakan, lebam serta kesakitan selepas diurut. Masalah ini boleh berlarutan memandangkan alat kelamin alat organ yang sensitif.

Kecederaan pada saraf di bahagian alat kelamin akan menjejaskan bekalan darah ke bahagian tersebut, seterusnya mengganggu ereksi. Penggunaan herba-herba yang telah terbukti seperti Horny goat weed, Withania, ginseng dan gabungan dengan beberapa jenis herba lain akan memberi kesan yang lebih baik demi meningkatkan keinginan seks dan masalah kemerosotan kesihatan seksual lain secara keseluruhannya.

Anda seharusnya mengamalkan pendekatan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan alat kelamin. Kenali penyebab berlakunya kemerosotan syahwat supaya anda dapat menangani dengan lebih berkesan. Amalkan gaya hidup sihat seperti senaman secara berterusan tentunya boleh meningkatkan tahap kecergasan dan stamina serta baik untuk pengaliran yang sihat (boleh memberi kesan kepada bekalan darah yang lebih baik ke bahagian alat kelamin).


Jika anda mempunyai masalah berlebihan, ambillah langkah-langkah yang lebih proaktif untuk mengekalkan berat badan ideal demi kesihatan yang lebih baik.

Teruskan bacaan......

Kebesaran solat dua rakaat

Posted by Admin | 10:54 AM | | 0 comments »

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”


Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”


Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.

Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari
.

Teruskan bacaan......

Adlin-Emelda selamat diijabkabulkan

Posted by Admin | 8:07 AM | , | 0 comments »

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 37, sah bergelar suami kepada aktres Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29.

Mereka dinikahkan oleh penolong pendaftar perkahwinan, penceraian, rujuk kawasan PGA Ulu Kinta, Zainudin Abu Arshad di Masjid An-Nur, Batu 8, di sini, tepat pukul 5.28 petang tadi.

Dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu, Emelda menerima wang hantaran RM30,000, mas kahwin RM1001 serta tujuh dulang hantaran daripada Adlin.

Antaranya adalah kamera digital, senaskhah al-Quran, set wangian, beg tangan dan kasut, dan sirih junjung.

Sementara itu, Adlin menerima sembilan dulang hantaran daripada Emelda seperti beg silang, senaskhah al-Quran, jam tangan, dan kasut.

Adlin dan Emelda yang mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Calvin Thoo kelihatan gembira dan teruja setelah selesai diijabkabulkan.

"Saya sangat seronok dan teruja kerana dalam tempoh empat tahun bersama Mel, sebagai lelaki memang saya mencari pasangan yang dirasakan sesuai.

"Apabila dapat bertunang dan nak berada di alam bersama dia, saya rasa bangga kerana akan mengahwini perempuan yang saya kenal luar dan dalam.

"Semasa diijabkabulkan, saya rasa sangat 'excited'," luah Adlin dalam satu sidang media di rumah keluarga Emelda di Kampung Melayu, Batu 8, di sini
Dalam pada itu, Emelda berkata sebelum itu, dia berasa sebak kerana tidak dapat berkongsi hari bahagia bersama ayahanda tercinta, Abdul Hamid Mad Ally yang meninggal dunia pada Februari tahun lalu.


"Saya rasa sedih sebab bapa tiada kerana saya dengan arwah sangat rapat.

"Selepas itu, saya rasa lega kerana selalunya perempuan akan berasa lebih risau daripada lelaki. Alhamdulillah, majlis nikah pun telah selesai.


"Saya rasa tak salah pilih orang (Adlin) dan selalu yakin yang dia akan menjadi suami saya dalam empat tahun kami bersama," ujar Emelda.

Majlis yang dihadiri oleh 200 orang tetamu itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah mempelai iaitu ibu Emelda, Rokiah Ibrahim, 63, ibu Adlin, Ruminah Sidek, 63, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida dan suami, pengacara AF7, AC Mizal serta pelakon dan penyanyi Aqasha.

Pasangan pengantin yang menyemai cinta sejak empat tahun lalu itu mengikat tali pertunangan mereka pada 14 Mac lalu sempena tarikh lahir Emelda.

Majlis resepsi sebelah Emelda pada esok hari di Dewan Banquet SUK Perak, di sini turut mengambil sempena tarikh lahir Adlin yang jatuh pada 23 Mei.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah Adlin dijangka akan diadakan pada 21 Jun depan di Meru, Klang secara ‘rewang’ iaitu kenduri gotong-royong.

Dipetik dari MStar Online

Teruskan bacaan......

Aboy 'eratkan' kasih Zamarul dan Diana

Posted by Admin | 8:34 PM | | 0 comments »

SUDAH cukup lama hubungan cinta yang terjalin antara dua pelakon ini. Malah dalam tempoh lapan tahun menyulam kasih, Zamarul Hisham, 38, dan Diana Rafar, 27, tidak terlepas berdepan dengan pelbagai onak ranjau yang cuba menggugat keutuhan cinta mereka.

Paling hangat diperkatakan tidak lama dulu ialah 'kontroversi' cinta tiga segi Diana yang telah dikaitkan dengan penyanyi sensasi, Mawi. Namun, dugaan demi dugaan yang singgah itu sebenarnya telah menguatkan lagi hubungan suci Zamarul dan Diana.

Akhirnya, pada tanggal 16 Mei lalu, pasangan ini selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz oleh Zamarul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah lapan tahun mempertahankan benteng hubungan ini.

"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam rukun Iman dan lima rukun Islam.

"Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami. Dan sebab itu, kami memilih tarikh 16 Mei serta mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500," kata Zamarul yang kelihatan cukup sebak sebaik akad nikah itu selesai.

Menurut duda anak dua ini lagi, dia merasakan sudah sampai masanya untuk melamar kekasih hatinya itu, lebih-lebih lagi setelah mereka menghadiri sebuah kursus pada awal tahun ini.


"Kursus motivasi itu sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan kami dan dari situlah saya yakin memang dialah (Diana) orangnya yang ingin saya jadikan sebagai isteri.

"Kepada Mama (Diana), Papa ingin ucapkan terima kasih kerana memahami diri Papa selama ini. Kita berjaya bertahan juga walaupun ada yang cuba robohkan hubungan kita," tutur Zamarul.


Diana juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar isteri kepada Zamarul.

"Selama lapan tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang saya. Apa yang saya harapkan, semua yang diberikannya selama tempoh itu tidak akan berubah selepas ini," tutur Diana.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Diana yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Shahril Nordin turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihaknya.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu juga disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuklah ibu Diana, Zainon Abd Rahman, ibubapa Zamarul iaitu Mohammad Mohd Zain dan Zaleha Abd Rahman serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang lain dan kenalan rapat mereka.

Malah, dalam nada ceria, Zamarul berkata, perkahwinan itu turut direstui oleh anak-anaknya iaitu Izzat Haiqal, 10, dan Iqmal Haiqal, 7. Malah, anak sulungnya, Izzat, yang turut hadir pada majlis itu juga sebenarnya amat rapat dengan Diana yang dipanggil Mama itu.

"Izzat ni ibarat 'kawan baik' Diana. Memang dia mahukan sangat kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru," katanya yang menambah, dia dan Diana memilih cara berbulan madu dengan mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Seperti mana Zamarul, Diana juga gembira dengan penerimaan Izzat terhadap dirinya. Bagi Diana, dia tidak kisah dengan status ibu 'segera' yang dipegangnya kini, apatah lagi hubungannya dengan Izzat yang dipanggil Aboy itu sememangnya cukup rapat.

"Sejak tahun pertama saya mengenali Zamarul, dia sudah kenalkan saya dengan Aboy yang memang berada di bawah jagaan ibu Zamarul sendiri. Keluarga saya juga menyenangi Aboy kerana wajahnya yang ada iras anak-anak buah saya yang lain.


"Malah, kalau antara saya dan Zamarul ada tercetus pergaduhan, Aboylah yang akan cuba merapatkan kami semula dengan pelbagai cara," kata Diana yang setakat ini belum pernah bertemu dengan anak kedua Zamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.

Perasaan gembira itu turut dikongsi dengan Aboy sendiri yang mengakui amat gembira kerana impiannya untuk melihat bapanya berkahwin dengan Diana sudah tercapai.

"Saya seronok sangat dapat Mama 'baru'. Mama (Diana) seorang yang baik. Dia selalu bawa saya berjalan-jalan. Saya doakan Papa dan Mama bahagia.

"Harap-harap saya akan dapat adik baru juga...kalau boleh, biarlah perempuan," kata Izzat yang merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Bandar Baru Bangi ini.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan pasangan ini kelak, kata Zamarul, dia dan Diana akan tetap meneruskan karier seni mereka seperti biasa selepas ini.

"Saya tetap berlakon dan turut beri lampu hijau untuk Diana teruskan karier seninya. Lagipun, kami sudah lama berada dalam industri ini.

"Tetapi jika sudah ada cahaya mata kelak, kenalah kami berbincang dan susun semula masa agar dapat diseimbangkan antara karier dan keluarga," kata Zamarul.

Selepas dinikahkan, pasangan ini turut diraikan pada majlis persandingan berkonsepkan 'garden wedding' pada sebelah malamnya di Bougainvilla Garden, Shah Alam manakala majlis resepsi di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 23 Mei di rumah keluarga Zamarul di Bangi.

Teruskan bacaan......

Keluh kesah isteri kedua

Posted by Admin | 5:00 PM | | 0 comments »

Soalan:

SAYA isteri kedua kepada seorang lelaki berpendidikan tinggi. Madu saya juga berpendidikan tinggi dan berkerjaya profesional. Malangnya, selepas bertahun-tahun berkahwin, madu masih tidak mahu menerima saya walaupun saya cuba berbaik-baik dengannya. Malah, suami walaupun melayan saya dengan baik tetapi tidak pernah adil. Sepanjang berkahwin, saya berhari raya sendirian di kampung dengan keluarga manakala dia pulang ke kampungnya atau kampung madu. Madu juga selalu membuat tohmahan dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.

Saya tidak tahu sampai bila keadaan saya berterusan seperti ini. Hendak dikatakan tidak mendapat restu orang tua, saya dinikahkan dengan baik, berwalikan ayah dan dibuat di kampung dengan besar-besaran. Saya pernah bercakap dengan suami mengenai perkara ini, tetapi dia tidak berubah, lebih-lebih lagi perkahwinan saya tidak dikurniakan cahaya mata, mungkin saya terlalu tertekan dengan semua ini. Suami terlalu menjaga hati madu hingga mengabaikan hak saya sebagai isteri, walaupun saya ini isteri kedua. Puan, apakah yang terbaik buat saya dalam situasi ini?

Jawapan:

Persoalan puan mendorong saya untuk melihat ketetapan Qada’ dan Qadar yang dipaparkan pada kita semua iaitu “tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri, melainkan ia sudah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya”.

Daripada penjelasan Allah ini, anda tidak perlu menyesali apa yang berlaku. Menjadi isteri kedua adalah bermakna memperjudikan kehidupan yang tidak habis-habis sehingga anda melepaskan jawatan itu. Secara rela atau terpaksa atau dalam erti kata lain anda undur diri daripada masalah berkenaan. Bila bersetuju menjadi isteri kedua bermakna anda sudah bersedia menelan madu yang paling pahit di dunia, bersedia mendapat serba kekurangan daripada segala aspek, berbanding isteri pertama dalam apa bentuk sekali pun sama ada dari segi layanan, giliran, hal dan perhatian keadilan malah dari segi harta benda sekalipun. Sebab itu wanita yang berjaya memegang “jawatan” ini dengan tenteram ialah yang bersedia mendapat sedikit daripada bahagian dan haknya sebagai isteri kedua.

Sebab itu ramai isteri undur diri kerana tidak mampu mempertahankan mahligai perkahwinan yang ibarat menghidupkan api di atas gelombang. Keadaan ini berlaku kerana sebahagian daripada suami belum terdidik dari segi ilmu dan kemahiran serta pantang larang dan kewajipan yang perlu dilaksanakan selepas berpoligami.

Satu yang dibenarkan Allah demi jutaan hikmat di sebaliknya akhirnya bertukar menjadi ibarat berjalan di atas bara api, timbul pembohongan dan ketidakadilan yang sangat menghina peraturan dianugerahkan oleh Allah.

Lalu menimbulkan banyak pandangan negatif terhadap mereka yang berpoligami, dan tertutup keindahan yang dibekal Allah melalui kebenaran berpoligami itu. Bila ini terjadi perkahwinan menjadi satu kesengsaraan dan hilanglah kenikmatan yang Allah anugerahkan bersama perintah berkahwin dan berpoligami. Dalam keadaan anda sekarang, Umi nasihatkan belajar membina sikap fitrah, iaitu reda dengan apa yang Allah sudah takdirkan buat anda. Allah tidak akan mengubah nasib kecuali anda mengubahnya. Menangisi nasib dan menyalahkan orang lain tidak akan mengubah apa-apa.

Maka nasihat Umi supaya belajar menganalisis diri dengan mengurus minda supaya tidak berfikiran negatif terhadap suami dan sesiapa saja. Selagi berfikiran seperti itu, perasaan anda tidak akan tenteram dan damai. Oleh itu, setiap hari semak apa yang sedang anda fikirkan dengan menyoal diri: “apa yang aku fakir sekarang” jika anda belum dapat mengesan sebarang jawapan bermakna anda dalam keadaan berserabut, jika keadaan ini berlaku anda tidak akan mampu menggembirakan diri.

Orang yang tidak gembira adalah orang yang paling sulit meneruskan kehidupan kerana 70 peratus tenaga untuk menggerakkan kita ialah perasaan positif. Perasaan ini membuat anda kelihatan ceria dan sihat. Dua sikap ini akan diraih jika anda mahu meneruskan hidup dengan gembira walaupun banyak cabaran melanda. Semua duka lara dan kesedihan tidak dapat dirawat oleh sesiapa pun kecuali anda sendiri.

Tidak ada orang lain yang anda boleh harapkan untuk membuat anda gembira kerana gembira itu datangnya daripada hati. Kegembiraan yang dibina dari luar tidak akan bertahan lama, bila anda bersendirian duka nestapa menyerang semula. Pada Umi anda wajar bersyukur kerana dapat kesempatan menjadi isteri walaupun dianaktirikan.

Balik kampung sendirian bukan satu kekurangan kecuali jika anda mahu menunjuk-nunjuk. Anda tidak tahu berapa ramai isteri yang punya suami di samping tapi berendam air mata pada hari raya. Anda seorang diri, boleh memilih cara mana untuk bergembira di samping keluarga tersayang. Suami balik ke rumah madu, wajar mereka sudah lama berkahwin.

Teruskan bacaan......

Bekas suami dedah hubungan sulit Norish

Posted by Admin | 10:46 AM | , | 0 comments »

BEKAS suami Norish Karman semalam mendedahkan hubungan sulit yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin.

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dilakukan.

“Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif syarikatnya itu.


Tambahnya, "Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya.

"Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah tanpa izin saya.

"Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah dengan perkara di luar hukum syarak.

"Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan untuk 'coverline'. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta."

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu.

Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti.

Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk membuktikan NK curang kepadanya.

“Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk anak-anak.

“Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan anak-anak dalam suasana yang menyedihkan.

“Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu kereta Murano.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hashimuddin mengenai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang diberikan kepada NK untuk anak-anak:

1. Wang saku

Wang tunai berjumlah RM700 sebagai wang saku untuk anak-anak. Sekiranya tidak mencukupi, boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin di pejabat kerana ada peruntukan ‘petty cash’ yang disediakan apabila perlu.

2. Keperluan harian

Bekalan makanan serta barang-barang keperluan dapur berjumlah RM700 hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau melalui pemandunya.

3. Kenderaan

Kemudahan kenderaan pendaftaran BJN 17 beserta pemandu bagi menghantar serta mengambil pulang dari sekolah termasuk juga kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Begitu juga Hashimuddin mengizinkan NK menggunakan kenderaan itu untuk tujuan tertentu sekiranya perlu.

Jadual kenderaan beserta pemandu yang disediakan adalah pada hari Isnin hingga Sabtu di mana ada ketikanya hari Ahad sekiranya perlu. Kebiasaannya, Hashimuddin bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul 6 pagi hingga 7 petang.

Pemandu ini sentiasa berada di keadaan ‘standby’ sekiranya berlaku apa-apa kecemasan maka NK boleh menghubungi serta menggunakan kenderaan beserta pemandu itu untuk tujuan kecemasan atau hubunginya dalam masa 24 jam.

4. Pembantu rumah

Wang sejumlah RM700 yang dibayar terus kepada pembantu rumah atau pun di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western Union.

5. Perkhidmatan telefon kediaman

Memasang serta membayar dan menjelaskan bil telefon termasuk kemudahan internet anggaran kira-kira RM500 hingga RM 600 sebulan.

6. Keperluan Perubatan

Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di Hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di mana anak-anak boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan pada bila-bila masa termasuklah NK sendiri. Nama NK sehingga kini masih belum lagi dibatalkan bagi memudahkan beliau menjalani serta mendapatkan perubatan di SJMC. Sekiranya perlu ke klinik berdekatan, NK boleh menghantar bil ke pejabat dan akan diganti kos perbelanjaan perubatan itu.

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, NK boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin bagi mendapatkan bantuan serta keperluan yang diperlukan.

7. Yuran persekolahan

Segala-gala yuran sekolah, kelas-kelas lain ditanggung oleh Hashimuddin selama ini, termasuk buku-buku dan pakaian sekolah.

8. Pakaian anak-anak

Segala keperluan pakaian anak-anak adalah ditanggung oleh Hashimuddin di mana dia membeli sendiri pakaian bersama anak-anak.

Bantuan kewangan sekitar penceraian

1. Atas ehsan, sejumlah RM5,000 diberi selama 3 bulan (berjumlah RM15,000) bagi bayaran edah. Sepanjang NK bergelar isteri Hashimuddin , dia mendapat RM3,000 sebulan.

2. Memberi wang tunai sejumlah RM9,000 bagi membiayai kos deposit rumah sewa NK di Beverly Residence.

3. Selepas berpisah, NK masih tinggal di Tropicana yang dibiayai oleh Hashimuddin berjumlah RM5,000 sebulan, 3 bulan sehingga dia berpindah ke tempat baru.

4. Hashimuddin membantu membayar kos pembungkusan serta pengangkutan bagi tujuan pemindahan berjumlah RM3,000 dari Tropicana ke tempat kediaman baru.

5. Hashimuddin juga telah membantu membeli perabot untuk kediaman di Beverly Residence berjumlah RM7,000 dari kedai perabot IKEA.

Menyentuh tentang isu kereta Nissan Murano, Hashimuddin berkata dia terpaksa menarik balik kereta itu kerana NK telah mengingkari perjanjian dan tidak membayar cukai jalan kereta.

“Pada mulanya, saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki.

“Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri.

“Apabila saya menegur, NK kata saya cemburu. Tetapi saya terpaksa menarik kereta itu kerana dia ingkar dan tidak membayar ‘road tax’.

“Sekarang, kereta itu berada dengan saya dan saya telah menghabiskan lebih RM2800 untuk membaiki kereta itu kerana ia telah ‘bengkang-bengkok’,” katanya.

Selepas menjelaskan hal tersebut, Hashimuddin nekad untuk tidak memberikan apa-apa komen lagi selepas ini sehingga menunggu keputusan perbicaraan tuntutan nafkah pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Saya tak nak panjangkan dan buka cerita lagi. Kalau lepas ni dia nak jawab, terpulanglah kerana bagi saya kebenaran tetap kebenaran.

“Jika selepas ini ada lagi yang tidak betul, saya bersedia untuk disaman,” tegasnya.


Sumber : MyStar Online

Teruskan bacaan......

Kesan darah di cadar

Posted by Admin | 8:05 AM | | 0 comments »

SAYA dan isteri melakukan hubungan seks pada satu malam. Apabila saya lihat cadar katil pada esoknya, didapati ada kesan darah mungkin bersama air mani saya.

Adakah darah itu bersama air mani saya atau ketika saya memasukkan zakar ke dalam faraj isteri?

Untuk pengetahuan doktor, pada malam itu isteri saya menyatakan dia terasa bengkak pada kemaluannya, tetapi selepas itu dia tidak lagi berasa sakit pada kemaluannya ketika zakar saya masuk ke dalam kemaluannya.

MOHD HAFIZ
Baling, Kedah


Anggota kelamin mengandungi tisu lembut yang mudah mengembang apabila individu itu dalam keadaan teruja seksual. Zakar yang kecil dan kecut ketika lelaki itu terangsang menjadi keras macam kayu apabila darah masuk dengan banyak.

Dalam keadaan itu, kulit zakar menjadi tegang dan padat dan mudah tersiat apabila ditekan dengan kuat dan lebih lagi apabila faraj kesat.

Untuk perempuan pula, apabila teruja secara seksual anggota kelamin menjadi gebu dan kembang apabila darah masuk dengan banyak dan pembukaan faraj mudah meluas, lembap dengan cairan yang keluar dari mukosa dan kulitnya menjadi lebut dan elastik.

Namun, dalam keadaan tidak teruja atau belum bersedia dan apabila zakar yang keras disorong masuk secara paksa, kulit pembukaan faraj dan bekas selaput dara yang tertinggal dulu boleh tertekan dan menyebabkan luka atau terguris, sekali gus mengakibatkan pendarahan ringan.

Ia juga boleh menyebabkan mukosa pembukaan faraj yang sempit kerana anggota kelamin itu belum bergelora lagi membuatkan kulit mukosa melecet apabila ereksi yang keras macam kayu itu ditusuk secara kuat. Keadaan itu boleh menyebabkan pendarahan berlaku dan perempuan itu mungkin tidak terasa apa-apa.

Jarang sekali geselan kepala zakar ke bahagian pangkal rahim yang kulit permukaannya kebetulan kesat itu membuatkan kulit pangkal rahim melecet dan menyebabkan darah keluar dari kulit yang melecet itu.

Bagaimanapun jika perkara itu berulang, jika mahu tahu sebab sebenar, anda dan pasangan perlu berjumpa doktor.

Doktor boleh lakukan pemeriksaan ‘vulva’ (anggota kelamin bahagian luar perempuan) dan pemeriksaan ‘pelvik’ (pemeriksaan bahagian dalam anggota kelamin iaitu faraj melalui alat pembuka faraj) untuk meneliti anggota kelamin perempuan untuk mengesan luka atau radang yang mungkin petanda pendarahan yang berlaku.

Jika perlu, doktor akan cadangkan anda buat ujian air mani untuk pastikan jika darah itu datang dari ejakulasi.

Teruskan bacaan......

Kahwin kerana nafsu, jahil ilmu rumah tangga punca retak

Posted by Admin | 7:22 AM | | 0 comments »

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan.

“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.

“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.

“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.

Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.

“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.

“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.

Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.

“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.

“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.

“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.

Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.

“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.

“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya

Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.

“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.

Teruskan bacaan......

Kesan telan air mani sendiri

Posted by Admin | 8:41 PM | , | 0 comments »

SAYA seorang yang mempunyai keinginan seks yang tinggi serta tabiat pelik. Untuk mencapai klimaks, saya gemar menelan air mani sendiri. Persoalan saya, apakah kesannya jika kita menelan air mani sendiri? Apakah ada kemudaratan pada jangka masa panjang? Saya juga gemar melakukan seks oral. Apakah keburukan tabiat ini? Ingin Tahu, Petaling Jaya.

Tidak ada sebarang masalah jika saudara menelan air mani. Ini kerana air mani adalah hasil sekresi kelenjar prostat dan kelenjar seminal vesicle.

Antara kandungan air mani adalah zink, asid sitrik, phosphatase dan protein. Ia tidak menimbulkan apa apa kemudaratan walaupun pada jangka masa panjang.

Ketika saudara melakukan oral seks, saudara perlu mengambil beberapa langkah untuk mengelak dijangkiti penyakit jangkitan transmisi seks (STD). Ini adalah kerana ada beberapa jenis penyakit STD yang boleh menular dengan cara oral seks.

Antaranya ialah gonnorea, herpes, human papiloma virus (HPV)dan juga syphilis. Ada beberapa laporan menyatakan penyakit HIV boleh dijangkiti dengan cara seks oral walaupun risikonya agak rendah.

Pastikan saudara mengenali pasangan saudara itu. Perlu dinyatakan risiko mendapat STD akan menjadi lebih tinggi sekiranya ejakulasi berlaku di dalam mulut atau terkena permukaan yang dilapisi mukosa seperti mata. Ada juga pelbagai kondom yang berperisa boleh didapati di pasaran.

Teruskan bacaan......

Kesan mudarat laku seks oral, ambil ubat rangsangan seks?

Posted by Admin | 8:40 PM | | 0 comments »

SEJAK akhir-akhir ini banyak ubat ransangan seks dijual dan ada yang mendakwa memperoleh kelulusan Kementerian Kesihatan. Saya ada mengambil ubat terbabit atas dasar ingin mencuba serta memperoleh manfaat seperti spring return dan mentalk. Apakah kesan jangka panjang jika kita berterusan mengambil ubat ini? Selain itu, saya juga suka melakukan seks oral, apakah ia mendatangkan kesan mudarat?

Jai, Sabah

DARI sudut pandangan perubatan moden, tidak ada ubat dijual di pasaran terbuka boleh merangsang hubungan seks atau meningkatkan prestasi hubungan seks .Ubatan moden dari jenis PDE5 inhibitor seperti Viagra, Levitra dan Cialis akan membantu penguna mendapat ereksi sekiranya penguna mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction.

Ada juga ubatan boleh meningkatkan paras testosterone dalam badan seperti Andriol atau Nebido. Ubat ini hanya akan berfungsi dan perlu diambil apabila paras testosterone dalam badan berkurangan. Dengan mengambil ubat ini secara tidak langsung akan mengembalikan ketegangan zakar dan keinginan untuk melakukan hubungan seks.

Kedua-dua kumpulan ubatan ini adalah ubatan kawalan dan hanya boleh diberi oleh doktor terlatih saja. Ubat di pasaran banyak didapati dalam bentuk herba dan fungsinya adalah sebagai health supplement. Saudara perlu berhati-hati apabila mengambil ubat ini walaupun ia dikatakan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Ini adalah kerana kandungan ubat ini tidak diketahui dan kadang kala boleh mengandungi steroids yang akhirnya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jika diambil secara berpanjangan. Nasihat saya jika saudara mempunyai masalah seksual, saudara perlu berjumpa doktor pakar dan elak dari membeli ubat yang tidak diketahui kandungannya.

Saudara juga gemar melakukan oral seks. Tidak ada apa kemudaratan jika saudara memgamalkannya dengan pasangan yang saudara kenali.Ini adalah kerana ada beberapa jenis penyakit jangkitan seksual sepeti herpes atau jangkitan kulat yang boleh menular melalui seks oral terutama apabila saudara yang melakukan oral seks itu kepada pasangan yang menghidap herpes atau fungus. Jangkitan HIV juga akan berlaku dalam sesetengah kes jika ada luka dalam mulut pemberi oral seks.

Teruskan bacaan......

Adakah bersetubuh tanda rujuk?

Posted by Admin | 12:01 AM | | 0 comments »

Soalan:
Suami menceraikan saya di luar mahkamah dengan talak satu. Perceraian kami telah didaftarkan dan kami kini menunggu hari perbicaraan untuk pengesahan cerai. Dua minggu setelah melafazkan talak, suami datang ke rumah dan mengadakan hubungan kelamin dengan kerelaan saya. Adakah kami dianggap sudah rujuk semula? Bagaimana cara yang betul sekiranya suami mahu merujuk semula dengan saya?

Anunziata Abdool Raheem,
Kuala Lumpur.


Jawapan:

Terima kasih kerana mengemukakan kemusykilan puan kepada kami. Rujuk merupakan keadaan di mana suami yang telah melafazkan talak ke atas isterinya kembali semula kepadanya semasa dalam tempoh idah. Tempoh idah bagi seorang wanita adalah tiga kali suci daripada haid.

Suami hanya boleh merujuk kembali bekas isterinya sekiranya isteri dicerai dengan talak satu atau talak dua (talak rajie). Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 229: "Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia rujuk memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya dengan cara yang baik."

Berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin merujuk.

Pertamanya, suami hendaklah melafazkan niat untuk merujuk bekas isterinya. Kedua, bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas rujuk tersebut. Kemudiannya, suami perlu membuat permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan rujuk.

Akhir sekali, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri.

Setelah proses rujuk itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

Daripada peruntukan undang-undang ini. Jelas terdapat dua perkara yang amat penting dalam proses rujuk: lafaz niat rujuk oleh suami dan persetujuan daripada isteri.

Seorang suami tidak boleh menganggap bahawa rujuk akan terjadi secara automatik kerana itu kemahuannya. Isteri haruslah bersetuju ke atas rujuk tersebut. Sekiranya isteri tidak bersetuju maka tiada rujuk bagi pasangan tersebut.

Suami juga tidak boleh memaksa bekas isterinya rujuk semula dengannya.

Apabila pasangan yang bercerai rujuk semula, mereka harus melaporkannya ke mahkamah syariah. Ini bagi memastikan bahawa rekod mengenai perceraian dan rujuk adalah betul dan tidak timbul apa-apa syak wasangka akan status perkahwinan seseorang.

Menurut jumhur ulama yang empat, iaitu pandangan Imam Malik, Imam Abu Hanifa, Imam Syafi'e dan juga Imam Ibn Hanbal, rujuk hanyalah berkesan jika niat rujuk dilafazkan secara terang dan jelas. Tetapi, terdapat perbezaan pendapat antara keempat-empat mazhab tentang sama ada rujuk boleh berlaku berikutan hubungan kelamin.

Menurut Mazhab Syafi'e yang diterima pakai di Malaysia, hubungan kelamin tidak dianggap sebagai memenuhi syarat untuk rujuk, walaupun suami mengadakan hubungan kelamin dengan niat untuk rujuk semula dengan puan. Ini kerana, bagi Mazhab Syafi'e, niat rujuk mestilah dilafazkan atau dibuat secara bertulis.

Apa yang puan dan suami patut lakukan sekarang adalah pergi ke mahkamah syariah yang mendengar kes perceraian puan untuk memastikan sama ada rujuk sudah terjadi, dan jika adanya rujuk, maka daftarkanlah rujuk tersebut.

Diharap jawapan yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah puan.

Teruskan bacaan......

Kerosakan saraf jejaskan fungsi seksual

Posted by Admin | 11:58 PM | | 0 comments »

DOKTOR ada menjelaskan bahawa semakin lama seorang itu menghidap diabetes, maka semakin teruk kesannya kepada kesihatan, akibat terjejasnya fungsi saraf.

Kini saya mengakui kebenarannya apabila didapati kesihatan seksual saya semakin lemah dan turut memberi tekanan emosi. Namun saya masih berusaha agar saya boleh menikmati kehidupan saya. Adakah suplemen yang dapat membantu?

Jawapan,

Mereka yang menghidap diabetes sememangnya berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemerosotan fungsi seksual.

Risikonya semakin bertambah seiring dengan tempoh seseorang menghidap diabetes. Menurut Persatuan Diabetes Kanada, antara 50 hingga 70 peratus lelaki yang menghidap diabetes mengalami gangguan kesihatan seksual.

Penegangan alat kelamin lelaki terjadi apabila mendapat rangsangan seksual menyebabkan saraf membebaskan isyarat.

Isyarat ini akan membenarkan lebih banyak darah mengalir ke alat kelamin, menyebabkan ia mengeras dan menegang.

Namun, apabila fungsi saraf atau salur darah terjejas atau rosak (biasanya akibat kesan ubat atau penyakit), aliran darah akan berkurangan. Ini akan mengganggu penegangan daripada terjadi.

Dengan sebab itulah masalah kemerosotan fungsi seksual merupakan antara komplikasi diabetes yang kerap terjadi akibat sama ada kerosakan saraf, salur darah atau kedua-duanya.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai penyakit lain yang boleh menyumbang kepada kerosakan saraf dan salur darah seperti penyakit jantung, pembedahan dan sebagainya.

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup sihat mampu mengawal diabetes, sekaligus mengurangkan risiko-risikonya.

Manakala dari segi makanan tambahan, nutrien antioksida poten seperti asid alfa lipoik merupakan antara nutrien yang paling banyak digunakan dalam menjaga kesihatan saraf.

Penggunaannya secara meluas adalah ekoran daripada sokongan daripada pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa pengambilannya memberi kesan positif kepada penghidap diabetes dan simptom-simptom terjejasnya fungsi saraf.

Teruskan bacaan......

Debar malam pertama

Posted by Admin | 10:59 PM | | 0 comments »

Soalan:
SAYA jejaka berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan akhir bulan ini. Perasaan saya bercampur baur antara gembira, risau dan bimbang dengan apa yang akan dilalui. Selama ini, saya tidak pernah membincangkan soal kelakian dengan rakan-rakan, jauh sekali dengan bapa kerana sifat saya yang pemalu.

Soalan saya, bagaimana saya hendak menempuh malam pertama? Apakah persiapan yang perlu saya lakukan? Bagaimana mahu memastikan malam pertama itu menggembirakan, bukan sesuatu yang menyakitkan atau semata-mata dipengaruhi gelojak nafsu? Apakah amalan-amalan yang patut saya lakukan dalam menempuh kehidupan berkelamin? Bagaimana dengan amalan urut dan tonik lelaki sihat? Apakah ia perlu dalam menjamin malam pertama yang hebat?
Untuk makluman doktor, saya berbadan sihat, cukup ciri fizikal dan selama ini berjaya mengawal nafsu seks dengan baik sama seperti lelaki lain.

J K Fad
Subang Jaya, Selangor.


Jawapan:
TERLEBIH dulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana saudara akan menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi. Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan. Semestinya, semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.

Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan. Dari segi fizikal, saudara perlu pastikan saudara tidak mempunyai bau tidak menyenangkan, sama ada bau badan atau bau mulut. Pastikan badan saudara dalam keadaan bersih terutama sekali bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah kulit atau jangkitan di kawasan itu, pastikan ia dirawat terlebih dulu.

Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak menimbulkan bau. Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan penetrasi dan seks yang hebat. Saudara perlu ingat inilah kali pertama saudara melakukan hubungan seks dengan isteri dan sudah semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama berumahtangga.

Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan dan keletihan selepas seharian melayan tetamu .Oleh sebab itu, pada malam pertama saudara disaran usah meletak harapan tinggi supaya tidak kecewa. Mulakan dengan berbual bersama pasangan. Luahkan ungkapan cinta, imbas kembali kenangan manis ketika bercinta dan kini saudara sudah menjadi miliknya. Jadikan pasangan saudara selesa dan tenang. Usah takut berbincang mengenai apa yang kamu berdua mahukan serta harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.

Merasa selesa dan tenang bersama adalah faktor amat penting untuk memulakan hubungan seks buat kali pertama. Mulakan dengan foreplay dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Ini kerana wanita memerlukan masa bagi menyediakan diri untuk peringkat penetrasi. Foreplay ini termasuk ciuman, pelukan, belaian, sentuhan dan seks oral. Tanya kepada pasangan saudara, kawasan mana dirasakan nikmat lebih banyak. Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.

Sebagai seorang suami pada malam pertama, saudara perlu memikul peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru, kasar atau rakus. Apabila isteri saudara bersedia, penetrasi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Pastikan vagina dalam keadaan basah. Jika tidak, gel pelincir seperti KY jelly boleh digunakann. Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila vagina berada dalam keadaan kering.

Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam pertama. Ini adalah kerana dalam posisi ini, isteri saudara boleh mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan mengikut tahap penerimaan beliau.

Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya. Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh terjadi apabila pasangan saudara masih belum bersedia atau saudara sendiri boleh mengalami kegagalan ereksi ataupun ejakulasi pra matang.

Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor psikogenik .Ini termasuk faktor tekanan, performance anxiety dan tidak ada pengalaman dalam hubungan seks. Ejakulasi pra matang pula boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam mengawal ejakulasi. Sekiranya ini berlaku, saudara jangan gusar atau panik.

Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Hubungan seks perlu latihan dan teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama, ia tidak sehebat yang dijangka.

Ada juga kemungkinan isteri saudara tidak akan mencapai klimaks pada malam pertama. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penyesuaian diri. Saudara tidak perlu mengambil tonik kesihatan atau menjalani amalan urut sebagai persiapan menghadapi malam pertama. Urut terutama pada bahagian zakar boleh menimbulkan kecederaan dan pelbagai komlikasi.

Tonik tonik kesihatan yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak diketahui akan kandungan sebenarnya. Amalkan senaman, pengurusan tekanan yang bijak dan pemakanan sihat .

Jika saudara berdua sihat dan saling menyayangi antara satu sama lain, seks akan menjadi hebat. Bagaimanapun, ia mungkin tidak boleh dicapai dengan satu hubungan pada malam pertama. Saudara perlu bersabar dan belajar mengenai pasangan saudara dari segi fizikal dan mental. Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang boleh didapati di pasaran.

Paling penting, saudara akan bersama insan yang dicintai dan disayangi hingga ke akhir hayat.

Selamat pengantin baru!

Teruskan bacaan......

Gagal kawal perasaan ketika laku hubungan seks

Posted by Admin | 10:48 PM | , | 0 comments »

SAYA sering gagal mengawal perasaan ketika melakukan hubungan seks. Saya cepat ghairah hingga gagal mengawal ejakulasi. Apakah ini ada kaitannya dengan faktor genetik?

Alex, Pulau Pinang
Jawapan

Masalah ejakulasi pra-matang yang saudara hadapi bukan berpunca dari faktor genetik. Sebahagian besarnya berpunca dari masalah psikologi. Ia kerap terjadi kepada golongan remaja atau lelaki yang belum mahir dalam teknik mengawal ejakulasi.

Faktor seperti masalah hubungan suami-isteri, stress, kemurungan, terlampau ghairah, rasa bersalah semasa melakukan hubungan seks dan tidak ada keyakinan diri kerap menyumbang kepada terjadinya ejakuasi pra matang.

Masalah seperti ini sudah semestinya akan memyebabkan ketegangan dan menjejaskan hubungan saudara dan pasangan. Saya nasihatkan saudara berjumpa pakar urologi untuk membantu saudara dalam menangani masalah ini. Rawatan yang diberikan selalunya bermula dengan rawatan secara psikologikal dan cara mengawal ejakulasi.

Kaedah seperti 'start stop technique', teknik memicit kepala zakar sebelum klimaks, 'sensate focus' akan diajar dan teknik ini memerlukan kerjasama dan komitmen dari pasangan saudara. Saudara juga boleh melakukan cara seperti mastubasi sejam hingga dua jam sebelum hubungan seks atau memberi tumpuan yang lebih kepada 'fore play' sebelum penetrasi.

Selain dari itu pengunaan krim anastetik topical seperti 'lignocaine gel' yang disapu kepada kepala zakar sebelum hubungan seksual boleh juga dicuba. Sekiranya gagal, ubat dari kumpulan SSRI seperti Prozac, Zoloft akan diberikan kepada saudara .

Bagaimanapun, ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan dan pengambilannya memerlukan pengawasan doktor.

Teruskan bacaan......

Urat zakar menonjol

Posted by Admin | 10:47 PM | 0 comments »

Soalan:
SAYA berusia 31 tahun dan belum berkahwin. Sejak dua minggu lalu, saya sering mengalami senak dan mendapati buah zakar saya seperti berbenjol pada uratnya. Lebih menakutkan, jika saya tekan benjolan itu senak saya bertambah. Saya malu berjumpa doktor tetapi masalah ini sungguh merisaukan saya.

Jejaka malang,
Ipoh, Perak.


MASALAH urat pada buah zakar yang menonjol dan boleh menimbulkan senak dikenali sebagai varicoceMajoriti dari varicocele ini berlaku pada sebelah kiri buah zakar. Ianya sering terjadi pada golongan lelaki berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun. Punca sebenar terjadinya varicocele tidak diketahui. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah varicocele ini tidak mempunyai tanda namun ada juga yang menghadapi masalah sengal dan sakit seperti yang saudara alami.

Kebanyakan penghidap mengesan urat membonjol di bahagian atas kerandut zakar yang menjadi lebih jelas sekiranya seseorang berada dalam posisi berdiri. Di dalam setengah kes yang teruk, varicocele ini boleh menyerupai segumpalan cacing didalam kerandut zakar.

Saya nasihatkan saudara mendapat rawatan pakar urologi. Tidak ada sebab merasa malu kerana ini adalah untuk kebaikan saudara sendiri. Untuk makluman saudara jika varicocele ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan kesuburan. Ini adalah kerana kehadiran varicocele akan meningkatkan suhu dalam kerandut zakar dan ini akan menjejaskan proses penghasilan sperma.

Jika dibiarkan berterusan, buah zakar akan menjadi kecil. Saudara mungkin akan menjalani pemeriksaan ultrasound untuk mengesah dan menentukan tahap varicocele yang saudara alami. Pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan keadaan buah zakar dan untuk menentukan tidak ada sebab sebab lain yang menjadi punca kehadiran varicocele.

Sekiranya varicocele saudara pada tahap minimum, selalunya saudara tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika ia pada tahap yang akan menjejaskan kesuburan atau sudahpun menyebabkan masalah seperti yang saudara alami, rawatan secara pembedahan akan dibincangkan dengan saudara.

Untuk makluman saudara pembedahan ini boleh dilakukan dengan cara laparoskopik iatu pembedahan ‘lubang kunci’ yang memberi parut yang kecil. Kemungkinan besar saudara dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama selepas pembedahan dengan kesan sampingan yang minimum.

Ia berpunca dari pembesaran saluran darah vena spermatik.

Teruskan bacaan......

Air mazi mudah keluar

Posted by Admin | 2:35 PM | 1 comments »

Soalan:
SAYA menghadapi masalah membabitkan rasa tidak puas atau kelawasan membuang air kecil. Keadaan ini mula dihadapi sejak lima tahun lalu. Namun, sejak akhir-akhir ini lain pula keadaan yang dialami. Saya dapati air mazi mudah keluar walaupun sedikit terangsang. Bagaimanakah caranya mengatasi masalah ini?

A Z,
Selangor.


Jawapan:
Untuk makluman saudara, air mazi adalah sejenis cecair yang dikeluarkan kelenjar cowper atau cowper’s gland yang terletak di pangkal zakar.

Fungsi utama kelenjar ini adalah untuk mengeluarkan cecair jernih iaitu air mazi yang akan menjadi cecair pelincir ketika melakukan hubungan jenis. Oleh sebab itu, air mazi akan keluar ketika seseorang terangsang secara seksual.

Saudara tidak perlu gusar dengan situasi yang dialami. Ini kerana jumlah air mazi yang dikeluarkan berbeza mengikut individu. Tidak ada rawatan yang diperlukan jika seseorang cepat mengeluarkan air mazi atau air mazi yang dikeluarkan dalam kuantiti banyak.

Bagaimanapun, saudara perlu berjumpa doktor mengenai masalah ketidakpuasan atau kelawasan membuang air kecil.

Teruskan bacaan......

Usah risau jika tertelan air mani suami

Posted by Admin | 2:33 PM | 1 comments »

SAYA ingin bertanya lebih lanjut mengenai teknik foreplay membabitkan perbuatan menghisap atau menjilat kemaluan suami atau isteri. Bagaimana pula kesannya jika isteri menelan air mani suami serta sebaliknya?

DK Lee

DARI aspek perubatan moden, tidak ada kemudaratan jika seseorang isteri menghisap zakar suami lalu menelan air mani suami apabila klimaks. Sama juga sebaliknya, jika suami tertelan cairan yang keluar dari kemaluan isteri.

Ini kerana air mani lelaki hanya mengandungi sperma iaitu protein dan cairan dari kelenjar prostat.

Malah menghisap zakar dianggap teknik foreplay yang boleh dilakukan kepada seseorang lelaki. Saudara juga boleh melakukan cunnilingus iatu melakukan seks oral ke atas isteri saudara.


Perlu diingat, seks oral jika dilakukan ke atas pasangan yang dikenali adalah selamat. Ini kerana ada beberapa penyakit transmisi seks yang boleh menular melalui perlakuan seks oral.

Ini termasuk penyakit Chlamydia; human papilloma virus (HPV); gonorrhoea dan herpes.

Bagaimanapun, risiko dijangkiti virus HIV melalui seks oral masih belum diketahui lagi. Setakat ini, beberapa laporan penyelidikan yang dikeluarkan menunjukkan risikonya rendah.

Teruskan bacaan......

Isteri lambat klimaks

Posted by Admin | 2:32 PM | 0 comments »

Soalan

SAYA baru berkahwin semula selepas lama menduda. Menggunakan pengalaman silam, saya menjalin hubungan bersama isteri baru. Tetapi saya dapati isteri saya lambat klimaks hingga kadang kala kami kecewa. Apakah kita boleh dapati ubat mempercepatkan klimaks wanita di pasaran?

NS
Balakong


SETAKAT ini tidak ada lagi ubat di pasaran yang dapat membantu mempercepatkan klimaks seseorang wanita. Bagaimanapun, saudara boleh mencuba beberapa teknik yang boleh membantu seseorang wanita mencapai klimaks. Ini termasuk memanjangkan 'foreplay' di mana tumpuan perlu diberi kepada kawasan lain selain dari vagina, stimulasi manual klitoris samada dengan cara oral, jari atau bantuan alatan seperti vibrator.

Sekiranya masalah ini berlarutan dan membawa kepada ketegangan hubungan suami isteri, isteri saudara mungkin mempunyai masalah 'female sexual dysfunction' yang boleh berpunca dari sebab-sebab fizikal, hormonal atau psikologikal. Saudara perlu membawa isteri saudara berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Teruskan bacaan......

6 kesilapan pasangan berkahwin

Posted by Admin | 8:20 PM | 0 comments »

IKATAN perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumah tangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan.

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan:

Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks.

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60 peratus pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan:

Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan

Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat

Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik .

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan:

Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Teruskan bacaan......

Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri

Posted by Admin | 6:59 AM | 0 comments »

SESETENGAH pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”
Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

Teruskan bacaan......

Guna kaedah baru

Posted by Admin | 6:54 AM | 0 comments »

SAYA terbaca kisah Ida (disiarkan di ruangan ini, 22 Mac lalu) yang sukar melakukan hubungan seks dengan suami. Saya terpanggil untuk memberi sedikit nasihat kepada Ida berdasarkan pengalaman saya yang lalu.

Pada 2005, saya disahkan hamil anak kedua selepas melahirkan bayi sulung pada 2004. Kehamilan saya yang pertama berjalan baik, termasuk aktiviti seks dengan suami. Namun bila kehamilan kedua, saya sangat payah untuk menerima ajakan suami untuk bersama di ranjang.


Walaupun adakalanya saya tak menolak, saya pasti mengalirkan air mata, bukan kerana saya tak suka tetapi ada satu perasaan yang buat saya jadi begitu. Orang kata saya perlukan rawatan dan kaunseling.

Sehingga hari saya melahirkan anak dan melalui proses pantang, saya masih begitu. Keadaan ini menjerat diri saya kerana saya hampir meruntuhkan rumah tangga berikutan keengganan melakukan hubungan seks dengan suami.

Saya ikhtiar pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. Saya tak perlukan VCD atau bahan sampingan yang lain. Cara yang saya gunakan ialah mencari sesuatu yang baru dalam hubungan suami isteri.

Mempelbagaikan teknik dalam melakukan hubungan kelamin dengan suami sangat membantu. Si suami perlu memainkan peranan penting dalam membantu Ida menangani masalah ini. Ini bukan masalah remeh yang boleh dipandang ringan.

Keengganan melakukan seks adalah satu daripada punca keretakan rumah tangga dan juga faktor suami mencari makan di luar. Saya harap Ida dapat berfikir panjang dalam persoalan ini.

Saya pasti Ida juga tahu, isteri yang menolak ajakan suami untuk bersama di ranjang akan dilaknat malaikat sehingga ke subuh. Bayangkan keadaan itu berlaku setiap kali Ida menolaknya.

Cuba atasi masalah ini dan jangan terlalu emosi. Saya harap Ida akan terus diberkati Allah, dan semoga mendapat petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini.

Teruskan bacaan......

Wanita terlanjur buntu pilih kekasih

Posted by Admin | 5:05 PM | 1 comments »

SOALAN

SAYA seorang kerani di syarikat swasta dan berusia 21 tahun. Saya mempunyai masalah peribadi yang kadangkala mengganggu kerjaya dan kehidupan seharian.


Saya menjalinkan hubungan dengan kekasih selama enam tahun. Dia seorang yang prihatin dan mempunyai ciri lelaki idaman saya. Dia juga jujur dan setia namun ada kala perangainya membuatkan saya berkecil hati dan kecewa dengan sikap egonya.

Akibat keterlanjuran, saya pernah menggugurkan kandungan dua tahun lalu. Saya juga sudah banyak kali terlanjur dengan beberapa lelaki termasuk bersama abang angkat saya sendiri, Fahmi (bukan nama sebenar).

Fahmi pula sudah mempunyai kekasih yang juga kakak angkat saya. Hubungan saya dengan Fahmi rapat dan sudah beberapa kali kami terlanjur.

Fahmi terlalu menyayangi saya dan begitu juga perasaan saya padanya. Dia begitu ikhlas sepanjang perkenalan kami dan dia lebih mementingkan saya berbanding kekasihnya.

Sepanjang kami berkawan, banyak perkara menghantui saya. Ada yang menggelar saya sebagai perampas namun saya hanya insan biasa. Disebabkan tidak tahan, saya mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Fahmi namun dia enggan kerana terlalu menyayangi saya.

Saya juga lebih selesa berkawan dengan Fahmi berbanding kekasih saya apatah lagi dia tidak pernah ambil hati dengan sikap panas baran saya. Sebenarnya, saya langsung tidak ada perasaan cinta terhadap Fahmi kerana hanya menyayanginya.

Saya cuba elak bertemu dengannya dan memberi pelbagai alasan namun gagal. Dia menyarankan saya meninggalkan kekasih saya tetapi buntu kerana masih menyayangi kekasih saya.

Apakah cara terbaik untuk saya meninggalkan Fahmi dan meneruskan perhubungan atas dasar kawan?

GADIS BUNTU,
Kuala Lumpur


JAWAPAN

TERIMA kasih kerana sudi berkongsi masalah. Dr memahami perasaan adik dan mengharapkan adik menemui sinar kebahagiaan dalam percintaan dan kehidupan.

Apa yang adik alami ibarat kata pepatah “teman percintaan ialah sayu dan pilu. Walaupun rasa percintaan lebih pahit daripada hempedu, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.”

Bukti cinta boleh menjerumuskan manusia ke dalam lautan madu ialah adik, Fahmi (bukan nama sebenar), kekasih adik dan kekasih Fahmi (kakak angkat adik) berhadapan dengan konflik, episod dan klimaks percintaan yang bukan saja membabitkan perasaan tetapi soal seksual serta perkara yang boleh membahayakan diri iaitu menggugurkan kandungan.

Tidak ketinggalan juga persoalan berkaitan perkara yang dibolehkan atau sebaliknya dari segi agama.

Walaupun bercinta itu indah, ia tetap perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba.

Berbalik kepada persoalan adik, Dr lihat sikap adik yang masih tidak jelas dengan perasaan sendiri boleh mengelirukan dan menyukarkan sesuatu keputusan dibuat. Sebagai contoh, adik menyatakan tidak mencintai Fahmi tetapi terlalu menyayanginya.

Adik juga menyatakan adik mahu meneruskan perhubungan dengan Fahmi hanya atas dasar kawan dan lebih selesa berkawan dengan Fahmi berbanding kekasih. Adik ingin meninggalkan Fahmi tetapi masih tidak berani melakukannya kerana sering dipujuk rayu.

Kata-kata adik adalah antara “mahu dan tidak”. Persoalannya, apakah sebenarnya yang adik inginkan dalam perhubungan adik dengan Fahmi dan kekasih? Siapakah lelaki pilihan adik? Apakah matlamat adik dalam menjalinkan perhubungan dengan kedua-dua lelaki ini?

Tiada siapa boleh menjawab persoalan ini kecuali adik sendiri. Justeru, adik perlu jelas dan memahami diri sendiri untuk membuat keputusan tepat dalam memilih lelaki yang sebenarnya bertakhta dalam diri adik.

Tindakan adik ada kalanya memberi isyarat yang salah kepada kekasih dan Fahmi. Mereka mungkin punya harapan dalam perhubungan dengan adik.

Tingkah laku adik yang tidak menggambarkan apa yang diinginkan dan lemah dengan pujuk rayu kemungkinan memberi isyarat tidak jelas kepada kedua-dua lelaki penting dalam hidup adik.

Adik seolah-olah mahu memiliki kedua-duanya namun adik perlu membuat pilihan. Pepatah ada mengatakan, cinta itu apabila kamu bertemu dan buatlah pilihan yang tepat.

Jika adik memilih salah seorang daripada mereka, sebaik-baiknya tidak ada lagi jalinan hubungan dengan lelaki lain. Adik mesti kuat untuk meninggalkan salah seorang daripada mereka.

Adik juga harus kuat untuk menahan diri daripada melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain. Seperti yang adik nyatakan, adik pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki termasuk kekasih dan Fahmi. Mempunyai hubungan seks dengan beberapa lelaki membawa kesan yang tidak baik. Dari segi agama, perbuatan zina dilarang.

Jika pilihan sudah dibuat, adik mesti sanggup menerima kesan daripada pilihan adik itu. Adik tidak perlu berpura-pura kerana cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Dr doakan adik akan menemui cinta sejati dan cinta yang penuh sinaran bahagia serta berpandukan kepada jalan yang benar. Semoga cinta adik nanti tidak disalut dengan dosa dan noda. Semoga berjaya.

Teruskan bacaan......

Nash komersialkan karier perancang perkahwinan

Posted by Admin | 5:04 PM | 0 comments »

BUKAN mudah untuk mencari pengalaman sebagai perunding perkahwinan. Begitulah yang difikirkan oleh bekas vokalis Lefthanded, Nash, 50, yang sudah berkecimpung dalam bidang tersebut sejak lima tahun lalu.

“Saya sudah lama menjadi ‘wedding planner’ tapi tidak komersialkan karier itu.

“Sekarang baru saya bersedia untuk betul-betul komersialkan bidang ini setelah menimba banyak pengalaman dan betul-betul yakin untuk meluaskan perniagaan ini di bawah syarikat saya, Fanasha Resources Sdn. Bhd.,” ujar Nash yang memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikatnya itu.

Bercerita tentang pengalaman yang dikutipnya sepanjang bergelar seorang perunding perkahwinan, Nash berkata dia pernah terlibat dalam perkahwinan anak-anak Datuk dan Tan Sri.

“Saya pernah menguruskan perkahwinan anak sulung Tan Sri Mohamad Mohd. Taib dan anak Datuk Abu Bakar Amin.

“Apabila saya menceburi bidang ini, saya mendapat kepuasan apabila dapat memberi khidmat yang diperlukan dan menunaikan permintaan dengan penuh dedikasi,” kata Nash.

Syarikatnya yang beroperasi dalam tahun ini turut mengelolakan majlis ulang tahun, hari jadi dan hari keluarga.

“Kami menyediakan pelbagai jenis peralatan perkahwinan seperti ‘food catering’, khemah, kerusi dan meja, pelamin, dandanan dan busana pengantin dengan pakej menarik.

“Matlamat saya hanya satu iaitu untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya dalam bidang ini.

“Bidang ini bukan sahaja menawarkan makanan untuk kenduri kahwin tetapi untuk pelbagai majlis seperti ulang tahun, hari jadi dan hari keluarga,” beritahu Nash yang masih lagi menyanyi walaupun sibuk dengan urusan bisnesnya.

Baru-baru ini, Nash dengan kerjasama Israin Catrus menganjurkan Ekspo Perkahwinan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Nash, projek tersebut merupakan projek pertamanya setelah merancang kira-kira tiga hingga empat bulan lalu dengan rakan kongsinya, Ismail Kaprawi.

Dengan bajet sendiri yang dianggarkan lebih RM100,000, Nash menganjurkan ekspo tersebut dengan bantuan saudara-mara dan kenalannya.

Ekspo tersebut bukan sahaja melibatkan pameran tentang perkahwinan malah turut menunjukkan persembahan kuda kepang, muzik piano, gamelan dan banyak lagi.

Teruskan bacaan......

Berkat penantian 10 tahun

Posted by Admin | 5:04 PM | 0 comments »

Perkenalan mereka di sekolah menengah yang membuahkan bibit cinta, pernah terputus apabila Arni berkahwin dengan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 9, serta Puteri Aleefa Antasha, 6.

Sejak itu masing-masing membawa haluan sendiri dan Wan Mohd Hazrie pernah bercinta dengan gadis pilihannya. Dari situ, dia hanya mengikuti perkembangan Arni dari jauh sebagai artis.

Apabila rumah tangga Arni dan Awie berakhir dengan perceraian pada 16 Oktober 2006, ini memudahkan mereka menyambung kembali cinta yang terputus di tengah jalan.

Nyata tiada siapa dapat menyangkal takdir Ilahi apabila hubungan mereka bertaut kembali sehingga disatukan ke jenjang pelamin selepas lebih 10 tahun berpisah dan hanya tiga tahun selepas Arni menjanda. Dengan sekali lafaz, Arni sah menjadi milik Wan Mohd Hazrie.

Pasangan berkenaan dinikahkan Jurunikah Mukim Bukit Besar, Ahmad Awang dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM7,777.77 di Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih, Kuala Terengganu, Terengganu jam 3.40 petang Jumaat lalu. Pihak lelaki menyediakan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah sama oleh pihak perempuan.

Arni yang kelihatan anggun berbusana rona putih sedondon dengan suaminya, menitiskan air mata kegembiraan selepas akad nikah, manakala Wan Mohd Hazrie menunaikan solat kesyukuran.

Kata Arni, walaupun gementar pada mulanya, dia bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan kedua-dua belah keluarga merestui perkahwinan mereka.

"Aleeya dan Aleefa juga menerima baik serta menyukai suami baru saya ini dan akan memanggilnya sebagai papa.

"Kami kenal sejak menuntut di sekolah menengah lagi, tetapi berpisah agak lama sebelum bertemu semula secara kebetulan.

Teruskan bacaan......

Anuar Zain kahwin senyap-senyap?

Posted by Admin | 9:31 AM | 0 comments »


Sebelum ini ada orang sebarkan cerita kononnya penyanyi Anuar Zain buat perancangan nak kahwin. Tiba-tiba minggu lalu tersebar gambar Anuar dengan seorang wanita di atas pelamin memakai pakaian sedondon berwarna putih gading. Maka timbullah cerita yang Anuar kononnya dah kahwin senyap-senyap.

Untuk mendapatkan kepastian, petang Rabu lalu Niezam bertanya sendiri kepada Rohila, pengurus kepada Anuar. Rohila pun mengaku dia tak pernah dengar cerita yang Anuar sudah kahwin seperti yang heboh diperkatakan orang.

Selepas gambar “perkahwinan” itu diberikan kepada Rohila, dia betul-betul terkejut.

Selepas meneliti gambar tersebut, Rohila mengesahkan gambar itu diambil ketika Anuar menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang pengarah syarikat yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Anuar diundang untuk membuat persembahan pada majlis itu kerana si pengantin memang meminati Anuar. Apabila berita tak betul itu tersebar, kata Rohila dia bimbang perkara itu mungkin akan mencemarkan imej keluarga pengantin.

“Saya berharap semua pihak tolong hentikan daripada menyebarkan e-mel yang tidak bermanfaat seperti ini kerana ia bukan sahaja memburukkan Anuar tetapi isteri orang,” kata Rohila dalam e-melnya.

Itulah akibatnya apabila kemudahan teknologi yang ada sekarang ini dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu. Yang pasti kalau betul Anuar nak kahwin atau sudah sampai jodohnya, dia tak akan sorok-sorok punya.

Disebabkan Anuar memang ramai peminat, tidak hairanlah dia selalu dijemput membuat persembahan pada majlis-majlis makan malam dan juga resepsi perkahwinan.

Selepas ini kalau tersebar lagi gambar-gambar Anuar dengan mana-mana pengantin, janganlah percaya yang dia nak sorok perkahwinan.

Teruskan bacaan......

“Ekin tidak mengawal saya” -Mawi

Posted by Admin | 9:13 AM | 0 comments »


APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.

Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.

Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.

Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya.

Tidak kurang pula yang dengan nakal merumuskan Mawi kini hidup di bawah ketiak isterinya sehinggakan langkah Mawi akan dituruti oleh Ekin.

Semua itu menimbulkan perasaan kurang selesa orang sekeliling terutama sekali peminat fanatik Mawi.

Banyak juga maklum balas yang diterima Hits yang memperkatakan tentang gelagat Ekin sehingga mereka sendiri berasa mual dan mempersoalkan kredibiliti Ekin sehingga mampu untuk bersama Mawi setiap masa.

Baca seterusnya...

Teruskan bacaan......